Berita Terkini| 200k dos vaksin CanSino ditempah tiba di KLIA! Datang dalam bentuk produk siap!
Published byVAKSIN yang ditempah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Subang pada jam 7.50 pagi, 20 Ogos 2021 dengan penerbangan MAS Kargo menggunakan pesawat MH361 dari Beijing, China.
MALAYSIA akan memulakan pemberian vaksin satu dos apabila menerima sejumlah 200,000 dos vaksin CanSino daripada pembekal CanSino Biologics, China pada Jumaat, 20 Ogos 2021.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham
Abdullah berkata, vaksin itu tiba dalam bentuk produk siap (finished
product).
"Sebanyak 3.5 juta dos vaksin CanSino sudah
ditempah dengan penghantaran berperingkat-peringkat. Ini juga adalah vaksin Covid-19 satu
dos yang pertama di Malaysia," katanya seperti dipetik Berita Harian pada
Jumaat, 20 Ogos 2021.
Setakat ini, profil vaksin melalui Program Imunisasi
Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan Februari lalu membabitkan vaksin
keluaran Pfizer-BioNTech (Cominarty), Sinovac (CoronaVac) dan AstraZeneca, manakala satu lagi vaksin iaitu Johnson & Johnson juga sudah mendapat
kelulusan bersyarat.
Sementara itu, ketibaan vaksin berkenaan di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.50 pagi dengan penerbangan
MAS Kargo menggunakan pesawat MH361 dari Beijing, China disambut oleh
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr
Siti Hamisah Tapsir; Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd
Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Dr
Mohd Nor Azman Hassan.
Ketibaan vaksin berkenaan dilihat bakal memudahkan pemberian vaksin terutama di kawasan yang rendah akses dan seterusnya membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut garis masa yang ditetapkan.
Pada 15 Jun 2021 lalu, Dr. Noor Hisham Abdullah mengumumkan, Malaysia telah memberikan kebenaran bersyarat terhadap dua jenis vaksin Covid-19 yang hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja. - KitaReporters
Vaksin berdos tunggal CanSino bakal diberikan kepada gelandangan, banduan dan individu dalam tahanan imigresen.