Berita Terkini| JKJAV: Lebih 14.6j populasi dewasa negara lengkap vaksin! 19.3j selesai satu dos!
Published bySERAMAI 14,648,590 individu atau 62.6 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat Ahad, 29 Ogos 2021.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin
Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, seramai
19,389,392 individu atau 82.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu
dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi
Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Ahad sebanyak 34,027,548 dos.
“59.4 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan
negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala
44.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi,” katanya dalam perkongsian infografik
dalam laman rasmi Twitter JKJAV pada Isnin, 30 Ogos 2021.
Sementara itu, vaksinasi harian pada Ahad merekodkan
sebanyak 302,804 dos dengan 142,186 merupakan dos pertama dan 160,618 adalah
dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Februari 2021 bagi
memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - KitaReporters