DEMI ringankan beban kakitangan UUM pemberian morotarium kali kedua dilakukan secara automatik. Kredit Foto : Utusan Malaysia


UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) mengambil inisiatif meluluskan moratorium kali kedua secara automatik bagi meringankan beban kakitangannya menghadapi pandemik Covid-19.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pemberian moratorium itu melibatkan tiga jenis pinjaman iaitu komputer, kenderaan dan perumahan di bawah Skim UUM.

Kali pertama moratorium diberikan kepada kakitangan pada April hingga September tahun 2020 lalu.

"Pihak UUM sentiasa mendengar keluhan dan memahami kebimbangan dirasai kakitangan ketika ini. Kita akan berusaha dan berikhtiar mencari jalan membantu meringankan beban mereka pada musim pandemik.

"Sehubungan itu, UUM mengambil langkah melaksanakan moratorium pinjaman kepada kakitangan mulai Ogos sehingga Disember (2021) depan secara automatik tanpa perlu ada dokumen sokongan untuk kelulusan," katanya dalam kenyataan di Sintok pada Ahad, 11 Julai 2021.

Dr. Ahmad Bashawir berkata, pihaknya berharap inisiatif ini dapat membantu peminjam menguruskan aliran tunai mereka sepanjang tempoh mencabar ini. - KitaReporters


DR. AHMAD BASHAWIR berharap inisiatif ini dapat membantu peminjam menguruskan aliran tunai mereka sepanjang tempoh mencabar ini. 

0
0
0
0
0

Copy Link: