Berita Terkini| Malaysia tak terjejas fenomena cuaca panas! Gelombang haba di Kanada, Amerika!
Published byGambar hiasan... Kanada kini sedang mengalami fenomena cuaca panas antara 47.9 hingga 56.6 darjah celsius. - Kredit foto: www.sharery.blogspot.com
FENOMENA cuaca panas dan gelombang haba yang sedang dialami di Kanada serta barat laut
Amerika Syarikat buat masa ini tidak akan memberi kesan terjejas kepada Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata negara kini berada pada pertengahan fasa Monsun Barat Daya yang dijangka berakhir pada September 2021.
“Oleh itu,
dalam tempoh ini negara akan alami suhu yang lebih rendah daripada biasa pada
Julai 2021 kerana cuaca lebih lembap
serta hujan lebih banyak berbanding biasa.
“Keadaan
ini disebabkan peralihan daripada fasa La Nina kepada fasa El Nino Southern
Oscillation (ENSO) Neutral. Malaysia juga dijangka mengalami taburan hujan
normal mulai Ogos.
“Tiada
suhu luar biasa panas dijangka akan berlaku di Malaysia pada tahun 2021 ini
selain tiada kejadian jerebu rentas sempadan yang serius berlaku dalam tempoh terdekat ini,”
katanya dipetik laporan Bernama, Jumaat, 2 Julai 2021.
Tambah
Jailan, rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan cuaca panas dan gelombang haba
sedang dialami di Kanada serta Amerika Syarikat, yang merekodkan suhu sehingga
47.9 dan 56.6 darjah celsius.
Katanya
lagi, orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta dapatkan
maklumat, amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media
sosial dan talian hotline MetMalaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut. - KitaReporters