KOS haji pada tahun 2022 dijangka meningkat hingga RM40,000 bagi seorang jemaah mengambil kira penguatkuasaan prosedur operasi standart (SOP) ketat oleh kerajaan Arab Saudi.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata tidak mustahil peningkatan mendadak berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk penjarakan fizikal.

Malah keadaan itu memaksa penginapan jemaah dihadkan kepada dua orang sebilik, pengangkutan dan ujian saringan COVID-19.

"Jika dulu, satu bilik hotel boleh memuatkan sehingga lima orang, tetapi apabila ia dihadkan kepada dua orang, kemungkinan untuk penginapan saja akan mencecah hingga RM17,000 seorang.

"Begitu juga perbelanjaan lain, termasuk pengangkutan ke Madinah pasti akan mempengaruhi peningkatan kos," katanya seperti dipetik Berita Harian, Jumaat 17 September 2021. - KitaReporters


13
18
1
12
1

Copy Link: