Berita Terkini| 6 mak nyah dicekup dipercayai ketika tunggu pelanggan! Op Pasar sekitar lorong!
Published byEnam mak nyah termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam 'Op Pasar' di sekitar bandar raya Kuantan pada 11 September 2021. - Kredit foto: Sinar Harian
ENAM lelaki berpakaian wanita atau 'mak nyah' dipercayai terlibat aktiviti tidak bermoral dicekup dalam Op Pasar di sekitar lorong dan Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pada 11 September 2021.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin, berkata suspek yang berusia di antara 30 hingga 35 tahun itu terdiri
daripada seorang warga tempatan serta lima warga asing.
“Operasi
bermula jam 3.30 petang hingga 7 malam membabitkan 30 pegawai dan anggota dari
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang serta
Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) hasil maklumat awam.
“Sewaktu operasi dijalankan, ada dalam kalangan suspek cuba melarikan diri ke bahagian bumbung bangunan namun berjaya ditahan dan tiada kecederaan dilaporkan.
“Mereka
berpakaian menyerupai wanita, dipercayai sedang menunggu pelanggan di sekitar
kawasan terbabit bagi jalankan aktiviti tidak bermoral,” katanya dipetik
laporan Berita Harian bertarikh 12 September 2021.
Tambah
beliau, siasatan awal mendapat lelaki
tempatan ditahan itu milik rekod lampau berkaitan berpakaian wanita (mak nyah).
Katanya lagi,
manakala lima warga asing berkenaan didapati
tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi tempoh di negara ini selain
melakukan kesalahan berpakaian wanita.
“Kesemua
suspek akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. Suspek
warga asing juga turut disiasat mengikut Seksyen 61 (1) (c) Akta Imigresen
kerana tiada pas perjalanan dan Seksyen 15 (1)(c) iaitu tinggal melebihi
tempoh.
“Kelima-lima
suspek warga asing itu juga diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk
tindakan lanjut," ujarnya. - KitaReporters