Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, suntikan inokulasi, iaitu mereka yang belum dapat janji temu, belum daftar atau batalkan janji temu akan dimulakan secara berperingkat-peringkat. - Kredit foto: Sinar Harian


PEMBERIAN vaksin menggunakan pendekatan 'walk-in' atau jumpa terus di Lembah Klang akan berkuat kuasa 2 Ogos 2021 ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, suntikan inokulasi untuk mereka yang belum dapat janji temu, belum daftar atau batalkan janji temu akan dimulakan secara berperingkat-peringkat.

Tegas beliau mulai 2 Ogos 2021 keutamaan pemberian vaksin akan diberikan kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbiditi.

"Kita akan buka (pemberian vaksin secara terus) mengikut kategori dahulu, justeru pada 2 Ogos, kita akan menerima 'walk-in' untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan golongan komorbidi.

"Manakala pada 5 Ogos pula, kita akan buka kepada semua, 18 tahun ke atas. Kaedah pelaksanaan 'walk-in' kita akan umumkan menerusi siaran media daripada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam tempoh terdekat,” katanya seperti dipetik Berita Harian pada Sabtu, 31 Julai 2021.

Katanya lagi, bukan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terima 'walk-in', sebaliknya akan dimaklumkan senarai PPV dalam masa terdekat.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang bagi memastikan setiap individu dewasa di kawasan yang disifatkan sebagai 'segi tiga emas' itu mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin, menjelang 1 Ogos 2021. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: