Berita Terkini| PM, Peguam Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong! Politik kembali bergolak!
Published byPERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pagi Rabu, 4 Ogos 2021.
Memetik laporan Sinar Harian, turut sama dalam pertemuan berkenaan adalah Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Selepas
pertemuan itu, Muhyiddin mengadakan Mesyuarat Kabinet di
Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Pada Selasa,
3 Ogos 2021, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang
di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.
Presiden
UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin
ternyata gagal di mata rakyat dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3
Perlembagaan UMNO. - KitaReporters