Mangsa wanita yang sesak nafas diberi rawatan awal setelah rumahnya di Kota Kemuning, Shah Alam terbakar pada 8 Ogos 2021.


SEPASANG suami isteri orang kurang upaya (OKU) kategori pekak dan bisu hanya mampu berlindung dalam tandas setelah rumah dua tingkat didiami mereka terbakar di Kota Kemuning, Shah Alam terbakar.

Dalam kejadian 8 Ogos 2021 itu, tindakan pantas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam yang bergegas ke lokasi setelah mendapat panggilan kecemasan pada jam 4.17 pagi berjaya menyelamatkan mangsa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata kebakaran melibatkan rumah dua tingkat berkeluasan kira-kira 400 meter persegi yang terbakar kira-kira 50 peratus di tingkat bawah.

“Ketika kejadian, suami isteri berusia  berusia 39 dan 31 tahun itu ditemui berlindung dalam tandas bagi menyelamatkan diri setelah mereka dipercayai terperangkap hingga tidak dapat keluar rumah.

“Kedua-dua mereka berjaya diselamatkan anggota namun mangsa wanita mengalami sesak nafas dan diserahkan kepada pihak kesihatan untuk diberikan rawatan lanjut,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 8 Ogos 2021.

Tambah Norazam, punca dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan. - KitaReporters


 

0
0
2
0
0

Copy Link: