Berita Terkini| Polis terima 149 laporan tipu tawaran kerja di Pulau Pinang! Kerugian RM1.2j!

Published by
KitaReporters

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Rosni Mohd Lazim berkata, daripada jumlah laporan itu sebanyak 107 telah dibuka kertas siasatan dengan 66 mangsa adalah wanita manakala selebihnya adalah lelaki. - Kredit foto: malaysiagazette


SEBANYAK 149 laporan direkodkan polis Pulau Pinang berkait dengan penipuan tawaran kerja melibatkan kerugian RM1.2 juta sejak 1 Januari hingga 14 Ogos 2021 lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Rosni Mohd Lazim berkata, daripada jumlah laporan itu sebanyak 107 telah dibuka kertas siasatan dengan 66 mangsa adalah wanita, manakala selebihnya adalah lelaki.

Polis mendapati, ahli sindiket penipuan menggunakan modus operandi itu sebagai helah terbaharu untuk menipu mangsa.

"Modus operandi sindiket ini adalah dengan mengiklankan tawaran kerja melalui aplikasi WhatsApp, Instagram atau Facebook dan mangsa yang berminat akan menekan pautan yang diberikan.

"Pautan itu menggunakan logo platform beli belah dalam talian (e-dagang) seperti Zalora, Shopee, Lazada dan sebagainya. Mangsa yang berminat dengan tawaran kerja tersebut akan diarahkan untuk membeli barangan dalam platform e-dagang itu,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Isnin, 16 Ogos 2021.

Mohd. Rosni berkata, mangsa juga dijanjikan komisen lapan hingga 15 peratus bergantung kepada jumlah pembelian barang terbabit. - KitaReporters


Gambar hiasan... Modus operandi sindiket ini adalah dengan mengiklankan tawaran kerja melalui aplikasi WhatsApp, Instagram atau Facebook dan mangsa yang berminat akan menekan pautan yang diberikan.  

0
0
0
0
0

Copy Link: