Berita Terkini| Akak bomba jadi bidan terjun! Bantu wanita bersalin dalam kereta di balai bomba!
Published byPEGAWAI Bomba Norsyuhadah Ahmad menjadi bidan terjun menyelamatkan wanita yang bersalin di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik Seksyen U8, Shah Alam, pada Khamis, 22 Julai lalu. - Kredit foto: Facebook Bomba Channel
SEORANG anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik Seksyen U8 muncul menjadi seorang bidan apabila berjaya menyelamatkan seorang wanita yang sakit bersalin sebelum selamat melahirkan bayi perempuannya dalam kereta di pekarangan balai bomba berkenaan.
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata
dalam kejadian pada jam 7 malam itu wanita berusia 29 tahun berkenaan difahamkan,
dalam perjalanan ke Hospital Shah Alam bersama suaminya.
"Bagaimanapun,
wanita itu merasa sakit dan air ketubannya sudah pecah lalu mereka memasuki
pekarangan BBP Kota Anggerik untuk mendapatkan bantuan," katanya seperti
dipetik oleh Berita Harian pada
Ahad, 25 Julai 2021.
Beliau
berkata, wanita itu kemudian selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga
kilogram dengan bantuan pegawai bomba, Norsyuhadah Ahmad.
Katanya,
bayi itu kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, kejadian berkenaan yang dimuat naik dalam Facebook Bomba Channel menjadi tular selain
tindakan anggota bomba yang serba boleh apabila menjadi bidan terjun itu
mendapat pujian masyarakat. -
KitaReporters
IBU dan anak dibawa ke hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.