Berita Terkini| Ziarah kubur masa Aidiladha bersama 2 anak buah! Remaja 21 tahun dikompaun RM2k!
Published bySEORANG remaja dikompaun RM2,000 kerana melanggar melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menziarahi kubur pada Hari Raya Aidiladha, Selasa, 20 Julai 2021.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook
berkata, remaja berusia 21 tahun itu ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP Pelan
Pemulihan Negara (PPN) pada 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan
13.
Menurutnya, polis mendapati remaja berkenaan menziarahi tanah perkuburan itu bersama dua kanak-kanak iaitu anak saudaranya masing-masing iaitu perempuan berusia tiga tahun dan lelaki berusia lima tahun.
"Berikutan menziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan, lelaki itu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro pada 21 Julai 2021.
Katanya kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sehubungan itu, Chang Hook menasihati orang ramai supaya mematuhi semua SOP ditetapkan termasuk tidak melakukan aktiviti ziarah kubur dan berkunjung dari rumah ke rumah sepanjang Aidiladha ini. - KitaReporters
SEORANG remaja dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana didapati melanggar SOP selepas menziarahi kubur di Felda Palong 12 dan 13 dekat Jempol pada Hari Raya Aidiladha, Selasa 20 Julai 2021. - IHSAN PDRM