Berita Terkini| Kelantan guna vaksin Pfizer sepenuhnya Ogos 2021! Ganti bekalan vaksin Sinovac!

Published by
KitaReporters


PENERIMA vaksin Covid-19 di negeri Kelantan akan menerima vaksin jenis Pfizer sepenuhnya bermula Ogos ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, penggunaan Pfizer adalah untuk menggantikan bekalan Sinovac dengan kadar jumlah yang sama.

"Kami akan guna Pfizer untuk ganti Sinovac. Tiada isu berkaitan pengurangan jumlah bekalan di negeri ini, kami putuskan hanya guna Pfizer selepas ini dan ia bermula Ogos ini," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Khamis, 15 Julai 2021.

Kata Dr. Zaini, individu yang telah menerima dos pertama Sinovac akan tetap menerima dos yang sama untuk suntikan kedua.

Jelasnya, penduduk di negeri ini juga tidak perlu bimbang mengenai kemungkinan tiada bekalan Sinovac untuk dos kedua kerana pihaknya telah mengatur jumlah dos sebaiknya sebagaimana jumlah penerima suntikan pertama.

"Cuma kami ingin maklum selepas ini akan guna Pfizer, itu saja. Harap seluruh rakyat beri kerjasama sebaiknya dan jangan mudah terpengaruh dengan pandangan negatif pihak tertentu melibatkan vaksin Pfizer," katanya. - KitaReporters



2
0
2
0
0

Copy Link: