Berita Terkini| Bencana kepala air: Kerja bersih lumpur, sisa pokok kayu! Perlukan masa sebulan!
Published bySelain kemusnahan harta benda, tragedi kepala air juga menyebabkan rumah penduduk di Yan, Kedah dipenuhi banjir lumpur. - Kredit foto: FB Ebit Lew
KERJA-KERJA pascabencana kepala air seperti pembersihan banjir lumpur dan sisa pokok kayu hanyut di beberapa kampung terlibat di Yan, Kedah dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Ku Rahman Ku
Ismail berkata kerja-kerja pembersihan di bahagian dalam rumah penduduk
terlibat yang turut dibantu oleh sukarelawan telah mencapai sehingga 95 peratus.
“Penduduk terjejas masih meneruskan aktiviti membersih rumah dan
pekarangan kediaman yang dipenuhi lumpur. Keadaan di sekitar luar rumah dan di
kawasan lain yang terlibat belum dapat dibersihkan sepenuhnya lagi.
“Masih terdapat banyak longgokan lumpuh serta batang pokok hanyut yang perlu dipindahkan ke tempat pembuangan. Kerja
pembersihan berskala besar dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan
bergantung keaadan cuaca.
“Pekan Yan juga semakin pulih, peniaga sudah dapat kembali membuka
kedai, cuma masih ada sampah yang belum
dikutip. Kita jangka pihak berkuasa tempatan dapat selesaikannya dalam tempoh
terdekat ini,” katanya dipetik daripada laporan Berita Harian, 25 Ogos 2021.
Dalam kejadian seperti tsunami pada 18 Ogos 2021 itu, kira-kira 800 keluarga di daerah Yan antaranya di Kampung Setol, Kampung Permatang Keramat, Titi Hayun dan Batu Hampar terjejas akibat dilanda kepala air dan banjir lumpur. - KitaReporters