GAMBAR HIASAN... Serbuan dijalankan sebaik menerima maklumat orang awam.


SEORANG Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya serta empat wanita orang awam ditahan hasil serbuan polis dari Bukit Aman, ketika mereka berhibur dalam bilik khas di balai polis diketuainya, dalam daerah Kajang pada petang Selasa, 20 Julai 2021.

Serbuan dijalankan oleh pasukan dari Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, pada jam 6 petang itu , sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Memetik laporan Berita Harian, ketika serbuan terhadap balai berkenaan, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Anggota polis dan wanita yang ditahan sedang menari dan berkaraoke di dalam bilik gelap yang dipasang lampu berputar bagaikan dalam disko.

Hasil pemeriksaan, polis menahan OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun.

Selain itu, polis turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan satu unit TV.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad mengesahkan kejadian terbabit, sambil berkata tangkapan dijalankan atas maklumat salah laku yang jelas. -KitaReporters


Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad mengesahkan kejadian terbabit dan menahan OCS berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun. 


 

8
1
4
0
3

Copy Link: