Berita Terkini| Pelbagai tawaran pakej khas industri telekomunikasi! Sempena Hari Kebangsaan!
Published byPIHAK industri telekomunikasi dan penyiaran menyediakan beberapa tambahan nilai pakej untuk kemudahan rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut hujung bulan ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan pihaknya bersama dengan industri sentiasa prihatin dengan situasi semasa, dan berganding bahu dalam memastikan wujud keseimbangan antara melindungi nyawa dan kelangsungan hidup rakyat.
Pakej yang disediakan
termasuk Tawaran Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin bagi membolehkan semua
rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf pelbagai peranti mudah alih yang
menyokong 4G dan VoLTE bermula dengan RM1.
"Syarikat
telekomunikasi yang akan mengambil bahagian dalam menyediakan pakej ini adalah
Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile and YTL.
"Selain itu
pemberian data harian sebanyak 1GB oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan
Telekom Malaysia secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan dilanjutkan
sehingga 31 Disember 2021 ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Rabu, 18
Ogos 2021.
Selain itu katanya
inisiatif Learn From Home (LFH) oleh pihak YTL dalam menyokong sistem
pendidikan pula, turut akan dilanjutkan sehingga 31 Disember juga.
Bagi pakej Jaringan
Prihatin untuk golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) pula akan
dilanjutkan sehingga 30 September 2021 ini.
SKMM dalam pada itu
berkata, pakej yang ditawarkan itu dijangka memberi kemudahan dan manfaat
kepada rakyat untuk menghadapi perubahan norma baharu dalam pendidikan,
pekerjaan dan banyak lagi. -
KitaReporters