HOSPITAL Putrajaya sudah bersedia melaksanakan suntikan vaksin COVID-19 bagi remaja berusia 18 tahun ke bawah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Khas (PPVK) hospital berkenaan.

Ketua Unit Kesihatan Awam yang juga Ketua Penyelaras Program Vaksin Hospital Putrajaya, Dr Siti Alia Elliza, berkata pihaknya kini menunggu arahan untuk melaksanakan program berkenaan.

Katanya, remaja terbabit terdiri daripada pesakit yang dirujuk doktor pakar di hospital berkenaan termasuk rujukan dari pusat kesihatan luar serta Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam.

"Setakat hari ini kami sudah melaksanakan pemberian vaksin jenis Comirnaty kepada 5,115 penerima bermula pada Mei 2021 lalu," katanya seperti dipetik Berita Harian, isnin, 6 September 2021.

PPVK yang beroperasi di luar hospital itu sebahagiannya diadakan secara kerjasama dengan Putrajaya Holdings Sdn Bhd bermula 19 Julai lalu bertujuan meningkatkan jumlah pemberian vaksin. - kitaReporters


9
15
0
14
0

Copy Link: