Berita Terkini| KPDNHEP tetapkan harga kit ujian kendiri Covid-19! Dijual pada harga RM19.90!
Published byKEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga kawalan kit ujian kendiri Covid-19 pada harga RM19.90, berkuat kuasa mulai Ahad, 5 September 2021.
Menerusi kenyataan
bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri
Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, harga borong
kit ujian pula dijual pada harga maksimum RM16.
"Permintaan
terhadap kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) dijangka meningkat
susulan kesedaran orang ramai bagi membuat ujian sendiri bagi memastikan diri
bebas daripada wabak Covid-19.
"Berikutan
itu KPDNHEP sudah mengadakan libat urus dengan semua pemain industri tempatan
dan pengimport dalam menentukan harga kawalan yang berpatutan bagi semua pihak,”ujarnya
dalam kenyataan pada Khamis, 2 September 2021.
KPDNHEP juga
menjangkakan kesan persaingan akan menstabilkan lagi harga jualan di semua
peringkat seperti mana berlaku kepada harga pelitup muka. - KitaReporters