Berita Terkini| Masa operasi dipanjangkan hingga 12 malam! SOP baharu juga akan diperkenalkan!
Published by
KitaReporters
--title--
KERAJAAN bersetuju untuk memanjangkan masa perkhidmatan stesen minyak, restoran atau kedai makan dan kedai serbaneka untuk beroperasi mulai 6 pagi hingga jam 12 tengah malam bagi semua negeri kecuali bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, perkara itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 pada Selasa, 21 September 2021.
Namun perkara itu katanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dijadualkan berlangsung esok (Rabu, 22 September 2021).
“Ini akan diangkat ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang akan bermesyuarat esok dan ia akan disyorkan kepada Perdana Menteri sebelum diputuskan dan diumumkan oleh Menteri Kuartet COVID-19," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19.
Tambah Hishammuddin, penambahbaikan terhadap prosedur operasi standard (SOP) sedia ada juga akan turut dibincangkan pada mesyuarat Rabu itu.
Katanya, perkara itu membabitkan senarai 181 SOP sedia ada yang dilihat mungkin akan dikurangkan kepada 10 selepas ini.
“Usaha ini berjalan dengan baik dan laporan yang kita terima hari ini sekali gus memberikan keyakinan saya bahawa ia dapat diselesaikan seperti dirancang pada permulaan bulan Oktober,” katanya lagi. - KitaReporters
13
12
0
13
0