Gambar hiasan... Pendaftaran dan pemberian suntikan vaksin Covid-19 secara 'walk in' tidak pernah dilakukkan di PPV IPT UniSZA. - Kredit foto: FB  rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin


PENDAFTARAN dan pemberian vaksin secara ‘walk in’ tidak pernah dilakukan di pusat pemberian vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) UniSZA sebagaimana berita tular dalam media sosial.

Memetik laporan Sinar Harian pada 12 Julai 2021, UniSZA dalam satu kenyataan mengesahkan berita tular tersebut adalah palsu.

“Individu yang dipilih menerima suntikan vaksin Covid-19 akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera, khidmat pesanan ringkas atau panggilan telefon.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu. Pemberian vaksin secara ‘walk in’ tidak pernah dilakukan di semua PPV termasuk PPV IPT UniSZA.

“Individu juga diminta tidak hadir di PPV tanpa sebarang urusan dan tidak perlu berlegar atau menunggu di PPV bagi dapatkan vaksin tanpa janji temu,” katanya.

Terdahulu, tular dalam aplikasi WhatsApp memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan suntikan vaksin secara terus di UniSZA berikutan pusat pengajian berkenaan menerima 400 vaksin baharu. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: