Berita Terkini| Selangor hadkan 50 jemaah solat Aidiladha! Utamakan kariah lengkap 2 dos vaksin
Published byKERAJAAN Selangor menetapkan had jemaah bagi solat sunat Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid di negeri ini seramai 50 orang, manakala kebenaran solat Jumaat sehingga 40 orang.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri
Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, had tersebut termasuk
pentadbir, namun solat sunat Hari Raya Aidiladha di surau kariah adalah tidak
dibenarkan.
Semua pentadbir masjid dan surau kebenaran Jumaat
hanya dibenarkan menjemput jemaah terdiri dalam kalangan ahli kariah sahaja.
"Keutamaan adalah ahli kariah yang telah menerima
dua dos suntikan vaksin Covid-19.
"Laungan takbir akan bermula jam 7.30 pagi
diikuti solat sunat Aidiladha didirikan pada jam 8.30 pagi dan bersurai pada
jam 9 pagi," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Sabtu, 17
Julai 2021.
Dalam masa sama, Mohd Zawawi berkata, ziarah tanah kubur adalah tidak dibenarkan semasa Hari Raya Aidiladha dan umat Islam disyorkan membaca tahlil, zikir serta doa di kediaman masing-masing. - KitaReporters