Berita Terkini| APHM bersedia kongsi infrastruktur! Pindah kes kecemasan ke hospital swasta!
Published byAPHM bersedia memindahkan kes kecemasan di hospital kerajaan ke hospital swasta bagi menampung pesakit yang semakin meningkat. - Kredit foto: Facebook Noor Hisham Abdullah
PERSATUAN Hospital Swasta Malaysia (APHM) bersedia memudahkan perkongsian sumber manusia dan insfrastruktur bergerak seperti peralatan atau kelengkapan perubatan jika diperlukan bagi rawatan Covid-19 dan meningkatkan kadar vaksinasi di pusat pemberian vaksin mega dalam beberapa minggu akan datang.
Presiden APHM, Datuk Dr Kuljit Singh berkata, semua
ketua pegawai operasi hospital swasta di Lembah Klang akan berbincang secara
langsung dengan Kementerian Kesihatan (KKM) agar sokongan maksimum diberikan
kepada pesakit di negara ini.
"Sehingga hari ini, hampir 100 peratus katil
untuk ICU Covid-19 di hospital swasta digunakan untuk merawat pesakit kategori
5.
"Kami sedang dalam perbincangan lanjut dengan KKM
untuk memindahkan kes kecemasan dan pesakit dalam wad di hospital kerajaan ke
pusat-pusat perubatan swasta supaya lebih banyak hospital awam boleh ditukar kepada
hospital Covid-19 bagi menampung ribuan lagi pesakit," katanya menerusi kenyataan di
Kuala Lumpur pada Isnin, 19 Julai 2021.
Dr Kuljit berkata, pemberian suntikan vaksin kepada
petugas kesihatan swasta terbukti dapat melindungi barisan hadapan daripada
Covid-19, hasil diperoleh konsisten dengan data diberikan kerajaan mengenai
petugas kesihatan dan ia sama seperti data antarabangsa.
Beliau berkata, 152 ahli APHM, dilaporkan bahawa
kebanyakan petugas kesihatan yang diberikan suntikan vaksin tidak dijangkiti
Covid-19, manakala bilangan kecil yang dijangkiti mempunyai gejala sangat
ringan dan pulih dengan baik. -
KitaReporters