Berita Terkini| Jumlah pendaftaran vaksin masih rendah! Sasaran 80 peratus belum dicapai!
Published byGambar hiasan… Jumlah pendaftaran PICK 19 belum capai sasaran.
Jumlah
pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam kalangan
penduduk Malaysia hanya merekodkan seramai 20,134, 971 orang yang mendaftar
setakat 26 Julai 2021.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ia bersamaan 61.7 peratus keseluruhan populasi rakyat di negara ini dan jauh lebih rendah berbanding sasaran 80 peratus dalam tempoh sama.
"Bagi statistik pendaftaran untuk beberapa negeri, peratusan pendaftaran rendah berbanding nilai ambang ditetapkan di bawah program Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk sesebuah negeri beralih daripada satu fasa ke fasa lain.
“Hal ini
mungkin negeri-negeri berkenaan hadapi kekangan untuk mendaftar disebabkan
faktor-faktor tertentu seperti keadaan geografi dan demografi yang berbeza-beza.
“Contohnya,
di kawasan pedalaman, kawasan luar bandar dan di kawasan yang mungkin susah
untuk kita akses,"katanya dipetik laporan Sinar Harian, 28 Julai 2021.
Tambah Khairy
Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, daripada jumlah keseluruhan
yang mendaftar setakat ini seramai 18.8 juta merupakan individu dewasa berusia
18 tahun ke atas, manakala bakinya mereka yang bawah umur 18 tahun.
-KitaReporters