Berita Terkini| Tangkap ikan guna bom! 5 lelaki dicekup polis marin! Nilai rampasan lebih RM67k
Published by
Lima lelaki ditahan bersama peralatan yang digunakan untuk kegiatan mengebom ikan di perairan Pulau Mengalum, Kota Kinabalu. - Kredit foto: FB Pasukan Polis Marin W4 Sabah
PASUKAN Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan lima lelaki berusia 21 hingga 52 tahun yang dipercayai melakukan kegiatan mengebom ikan di kawasan selatan Pulau Mengalum, Kota Kinabalu.
Dalam
kejadian kira-kira 11.30 pagi pada 12 Ogos 2021 itu, pihak berkuasa turut
merampas dua buah bot, ikan seberat 60 kilogram dan pelbagai peralatan disyaki
bagi tujuan pengeboman ikan yang dianggarkan berjumlah RM67,300.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Roslan Awang berkata terdahulu pihaknya mengesan dua bot nelayan sedang jalankan aktiviti menangkap ikan sewaktu menjalankan rondaan di kawasan itu.
“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap bot-bot tersebut, ditemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi kegiatan bom ikan seperti detonator, baja ammonium nitrat, hos, komproser dan alat menyelam.
“Kesemua lima lelaki yang ditahan dan barangan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 13 Ogos 2021.
Tambah
beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985 kerana
disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan. - KitaReporters