Berita Terkini| KPM diminta kaji kesesuaian buka sekolah 1 Sept ini! Kes Covid-19 masih tinggi!
Published byGambar hiasan… Pembukaan sekolah secara bersemuka dijadualkan pada 1 September 2021 depan. - Kredit foto: Bernama
IKATAN Guru-guru
Muslim Malaysia (i-Guru) meminta
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula cadangan pembukaan sekolah
secara bersemuka pada 1 September 2021.
Presidennya,
Mohd Azizee Hasan berkata pertimbangan semula perlu dilakukan oleh KPM berikutan kes
positif Covid-19 masih tinggi, sekali gus membimbangan ibu bapa untuk menghantar
anak-anak ke sekolah.
“Memandangkan
kes Covid-19 melepasi angka 20,000 sehari ketika ini, kami harap KPM dapar pertimbangkan
dan mengkaji semula kesesuaian tarikh pembukaan sekolah.
“Wajar
sekiranya pembukaan sekolah secara bersemuka ditangguh pada tarikh yang
bersesuaian sehingga meyakinkan semua pihak termasuk guru, ibu bapa serta pelajar
itu sendiri untuk kembali bersekolah.
“Kita harap
KPM dapat buat keputusan jelas dan tepat berdasarkan data serta sains. Andai
KPM kekal dengan tarikh 1 September 2021, beberapa langkah termasuk usaha
ketatkan prosedur operasi standard harus dilakukan,” katanya dipetik daripada laporan
Harian Metro, 12 Ogos 2021.
Tambah
beliau, pandangan daripada pemegang taruh pendidikan seperti Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP), Majlis Guru Besar Malaysia dan Majlis Pengetua Sekolah
Malaysia wajar diperoleh berhubung perkara itu. - KitaReporters