Berita Terkini| Rumah terbakar! Nenek, 3 cucu selamatkan diri! Nyaris lemas, perahu terbalik!
Published bySebanyak 10 rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu pada 6 Julai 2021. - Kredit foto: FB Dinsmanmy My
SEORANG nenek bersama tiga cucunya nyaris lemas setelah perahu dinaiki mereka terbalik sewaktu menyelamatkan diri daripada kebakaran di perkampungan atas air, di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu.
Dalam kejadian
kira-kira 7 pagi, 6 Julai 2021 itu, mangsa, Kartinah Usman, 40-an dan cucunya
yang berusia satu hingga lima tahun berjaya diselamatkan penduduk kampung.
Mereka antara mangsa kebakaran
di perkampungan atas air berkenaan yang memusnahkan 10 buah rumah setelah api
dipercayai merebak pantas berpunca dari sebuah kediaman lain.
Menurut
Kartinah, sewaktu perahunya terbalik keadaan masih lagi kelam kabut kerana penduduk
berusaha selamatkan diri masing-masing selepas api semakin marak.
“Secara
tiba-tiba perahu kami naiki terbalik dan semua cucu lemas sebelum kami
diselamatkan. Mujurlah ada penduduk kampung perasan lalu segera selamatkan kami.
“Saya masih
terkejut dengan kejadian itu kerana bukan sahaja kehilangan harta benda dan
wang tunai tetapi nyawa juga hampir melayang ketika cuba selamatkan diri dalam
kebakaran,” katanya dipetik oleh laporan Sinar Harian, 6 Julai 2021.
Sementara
itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata panggilan kecemasan berhubung kebakaran
diterima jam 7.08 pagi.
Katanya
lagi, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa
dilaporkan manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat Unit
Forensik Kebakaran. - KitaReporters