Berita Terkini| Permintaan tinggi Musang King Raub! Lebih 5 tan dihantar ke Singapura setiap hari!

Published by
KitaReporters

SETIAP tahun permintaan durian sangat menggalakkan hingga tidak mencukupi dan Musang King mendapat permintaan tinggi di Singapura.


PERMINTAAN tinggi terhadap durian Musang King keluaran Raub, Pahang memberi pendapatan lumayan kepada pekebun serta pemborong apabila lebih lima tan durian dihantar ke Singapura setiap hari.

Harga lebih tinggi dan memuaskan turut menarik minat individu terbabit untuk lebih menumpukan pasaran raja buah itu terus ke negara jiran yang begitu menggemari produk berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Pemborong durian, Dong Chee Hong, 35, berkata setiap hari dia menghantar antara satu hingga lima tan durian Musang King ke Singapura dan jumlah akan bertambah apabila pengeluaran berada di kemuncak.

Setiap tahun durian jenis Musang King, D24, Tekka dan IOI mendapat permintaan begitu tinggi daripada penduduk negara jiran itu. Faktor rasa lebih sedap selain warna isi kekuningan menjadi tarikan utama raja buah itu.

Katanya, hanya buah gred A dan B sahaja dihantar ke negara jiran itu, berikutan pengemar durian di sana sentiasa menitikberatkan pada kualiti buah yang akan mereka makan.

"Durian Musang King, D24, Tekka dan IOI keluaran daerah ini begitu terkenal di Singapura selain China, Hong Kong dan Taiwan. Setiap tahun permintaan begitu menggalakkan hingga tidak mencukupi,” katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Sabtu, 3 Julai 2021.

Tahun lalu dia menghantar lebih 100 tan durian Musang King, D24, Tekka dan IOI ke Singapura dan menjalankan operasi jualan durian ke luar negara sebanyak dua kali setahun. - KitaReporters


FAKTOR rasa yang sedap selain warna dan isi kekuningan menjadi tarikan utama raja buah di negara jiran. - Kredit foto: wacana.my

0
1
0
0
0

Copy Link: