Berita Terkini| Varian Delta kini dikesan di Kelantan! Jangkiti seorang wanita di Pasir Puteh!
Published byKEAADAAN wad ICU yang menempatkan pesakit Covid-19 dalam kategori 4 dan 5. - Kredit foto: Astro Awani.
JANGKITAN Covid-19 melibatkan varian Delta (B.1.617.2) dikesan di Kelantan pada Jumaat, 23 Julai 2021 lalu selepas menjangkiti seorang wanita di Pasir Puteh.
Exco
Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata,
sebelum ini wanita berkenaan sudah dijangkiti Covid-19.
"Apa
yang berlaku ke atas wanita berkenaan disifatkan sebagai jangkitan semula dan
dikesan sebagai kes sporadik," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian
pada Ahad, 25 Julai 2021.
Kadar jangkitan varian Delta yang cepat merebak tidak boleh diambil mudah oleh penduduk di negeri ini.
Sehubungan
itu, Dr Izani menasihatkan orang ramai supaya terus patuh kepada prosedur
operasi standard (SOP) dan kekal melakukan kuarantin kendiri dengan tidak
keluar rumah tanpa tujuan yang munasabah.
Katanya,
varian itu sudah mengalami mutasi dan kesannya sangat bahaya kerana boleh
menyebabkan risiko kematian yang tinggi jika terkena pada seseorang individu. - KitaReporters