Berita Terkini| Daging kerbau India negatif Covid-19! Disahkan JPV! Orang ramai usah bimbang!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan… JPV sahkan daging kerbau sejuk beku import bebas virus Covid-19


SAMPEL daging kerbau yang diimport dari India bagi tempoh Januari hingga Julai 2021 dikesan dan disahkan bebas virus Covid-19 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Memetik laporan Bernama pada 5 Ogos 2021, JPV menerusi satu kenyataan berkata orang ramai tidak perlu bimbang berhubung keselamatan daging kerbau sejuk beku yang diimport kerana ia diperoleh dari rumah sembelihan sah.

“Selain penyembelihan dijalankan di rumah sembelihan yang mendapat kelulusan kerajaan Malaysia,

pusat pengeluaran daging juga dipantau rapi pihak berkuasa negara pengeksport produk terbabit.

"Sebanyak 455 sampel haiwan dan produk berasaskan haiwan keluaran tempatan serta import termasuk daging kerbau dari India telah dikumpul sejak Januari hingga Julai 2021 dan didapati negatif virus Covid-19.

“Setelah dikesan negatif pada daging kerbau yang diimport dari India, JPV tidak akan kenakan sekatan import untuk daging kerbau sejuk beku,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, JPV  mempunyai sistem teratur mengenai prosedur kelulusan pengimportan daging sejuk beku yang turut membabitkan daging kerbau India yang akan dibawa masuk ke negara ini. KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: