Berita Terkini| Covid-19: Lebih 13k kanak-kanak di NS dijangkiti! 96% dari 1 Jan - 4 Ogos 2021!
Published byGambar hiasan… Majoriti kanak-kanak di Negeri Sembilan yang dijangkiti Covid-19 berada pada tahap satu dan dua. - Kredit foto: Utusan Malaysia
SERAMAI 13,893 orang kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah dijangkiti virus Covid-19 di Negeri Sembilan sejak pandemik berkenaan melanda negara sehingga kini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata sebanyak 96 peratus atau bersamaan 13,357 orang dilaporkan pada tahun ini hingga 4 Ogos 2021.
“Hanya 4% sahaja kes direkodkan pada tahun 2020. Majoriti kes melibatkan kanak-kanak positif Covid-19 ini berada pada tahap satu dan dua sahaja.
“Bagaimana pun terdapat dua orang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Negeri Sembilan,” katanya dipetik laporan Bernama pada 8 Ogos 2021.
Sementara
itu, untuk info sebanyak 1,140 kes jangkitan baharu harian Covid-19 direkodkan
di Negeri Sembilan pada 8 Ogos 2021 daripada keseluruhan 18,668 kes baharu bagi
seluruh Malaysia. -KitaReporters