Berita Terkini| Laluan feri Kuala Perlis-Langkawi ditambah 2 trip sehari! Bermula 16 Sept 2021!
Published byGambar hiasan…Perkhidmatan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Pulau Langkawi ditambah kepada dua trip sehari. Kredit foto: Careta.my
LALUAN feri dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Langkawi bakal ditambah kepada dua trip sehari bermula 16 September 2021 susulan pelaksanaan Gelembung Pelancongan Projek Rintis ke Langkawi berbanding satu trip ketika ini.
Pengurus
Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten
Baharin Baharom berkata, bagi memudahkan dan perlancarkan lagi pergerakan
pelancong trip akan berjalan pada sesi pagi serta petang.
“Bagi
urusan pembelian tiket, pelancong boleh membuat tempahan secara dalam talian di
laman web www.cuticutilangkawi.com.
“Semua
penumpang yang ingin ke Langkawi perlu tunjukkan sijil vaksinasi lengkap dua
dos suntikan ketika membuat pembelian tiket di kaunter serta ketika memasuki
balai pelepasan sebelum dibenarkan memasuki feri.
“Kemasukan
trip feri ke Langkawi dari Terminal Feri Kuala Kedah pula akan bermula sebaik tamat
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut,” katanya
dipetik laporan Sinar Harian bertarikh 10 September 2021.
Tambah Baharin, penumpang juga perlu patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) untuk melancong ke pulau berkenaan. -KitaReporters