Berita Terkini| KASA kenal pasti 10 sasaran utama KPI ketua jabatan! Sahut cabaran 100 hari PM!
Published byKEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air (KASA) mengenal pasti 10 sasaran utama yang akan menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada semua ketua jabatannya.
Menterinya,
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sasaran berkenaan sebagai menyahut ketegasan Perdana Menteri,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk barisan Jemaah Menterinya perlu
membuktikan pencapaian utama dalam tempoh 100 hari pertama.
Peringkat
awal ini, kementeriannya menetapkan masing-masing lima sasaran utama bagi
sektor alam sekitar dan sektor air serta pembetungan.
“Lima sasaran utama bagi sektor alam sekitar ialah menggubal kerangka Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dan menggubal struktur asas Pusat Inventori GHG (Green House Gas atau Gas Rumah Hijau) Negara.
“Diikuti membangunkan rangka kerja skim perdagangan karbon domestik, melancarkan Malaysia Plastics Sustainability Roadmap (Hala Tuju Kemampanan Plastik Malaysia) dan Green Jobs Portal (Portal Pekerjaan Hijau) bagi menjana peluang pekerjaan dalam sektor pertumbuhan ekonomi hijau,” katanya dalam kenyataan pada Rabu, 8 September 2021.
Beliau berkata, bagi lima sasaran utama sektor air dan pembetungan pula ialah membangunkan mekanisme penetapan tarif air yang adil dan telus serta menyasarkan lima kawasan baharu bagi projek Wakaf Air.
Katanya, ini dikuti sasaran meluaskan penggunaan sumber air pulih guna untuk industri, meluaskan kawasan liputan bekalan air dan pembetungan serta meningkatkan kadar rizab margin air nasional. -KitaReporters