Berita Terkini| Tertinggal lengkuas di pasar antara punca cerai! Pelbagai lagi alasan remeh!
Published byGambar hiasan... Rata-rata suami yang lafazkan cerai kerana alasan remeh menyesal dan segera ke mahkamah Syariah untuk sahkan perceraian sebelum kembali rujuk dengan pasangan masing-masing. - Kredit foto: FB Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
TERTINGGAL lengkuas di pasar dan isteri tidak memakai seluar jeans antara alasan yang menjadi
punca berlakunya kes penceraian pasangan suami isteri di Terengganu.
Ketua Hakim
Syarie Negeri Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata pelbagai lagi alasan remeh
berlaku dalam kalangan masyarakat sejak dulu yang membawa kepada keruntuhan
rumah tangga.
“Bagi kes
tertinggal bungkusan lengkuas berlaku di Dungun melibatkan seorang wanita warga
emas diceraikan suaminya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah
pasar.
“Hanya
disebabkan rasa marah, suami yang tidak mahu berpatah semula ke pasar ambil
lengkuas berkenaan akhirnya secara tiba-tiba melafazkan cerai semasa di atas
motosikal.
“Selain
itu, ada juga pasangan yang bercerai hanya kerana isteri tidak memakai seluar
jeans serta tidak memasak hidangan kegemaran suami,” katanya dipetik daripada laporan
Utusan Malaysia pada 10 September 2021.
Tambah Wan
Mohd Zakri, bagaimanapun rata-rata suami menyesal dengan tindakan itu dan
segera ke mahkamah syariah bagi sahkan penceraian sebelum kembali rujuk dengan
pasangan masing-masing.
Katanya lagi,
individu bergelar suami dinasihatkan agar lebih banyak bersabar dan tidak gunakan
lafaz talak sesuka hati jika hadapi masalah dengan pasangan mereka kerana ia
memberikan implikasi buruk terhadap rumah tangga telah dibina.
“Jangan
begitu mudah lafazkan perkataan cerai hanya kerana sebab tidak munasabah,
sebaliknya suami perlu melihat pertimbangan lain dalam menyelesaikan setiap kemelut yang melanda,” ujarnya. - KitaReporters