Berita Terkini| Malaysia kekurangan pekerja mahir! Perlu 45% bakat untuk bersaing negara maju!
Published byMALAYSIA kini berdepan kekurangan pekerja berkemahiran tinggi untuk memenuhi permintaan industri, terutama teknologi baharu dan baru muncul.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr
Adham Baba berkata, dunia sedang berada pada era modenisasi di mana
pengaplikasian teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet of
Things atau Internet Pelbagai Benda (IoT), 'blockchain' (blok rantai), penyimpanan awan, robotik serta inovasi berpaksikan
manusia menjadi keperluan dalam kehidupan pada hari ini.
"Penguasaan dalam pelbagai kemahiran adalah amat diperlukan dalam usaha untuk mengubah pemikiran serta meningkatkan kemahiran rakyat terhadap kesediaan menghadapi Revolusi Industri Keempat (IR 4.0)," katanya.
Berdasarkan senarai Negara-Negara Terkemuka Dunia Bagi
Pekerjaan Berkemahiran Tinggi, Luxembourg mendahului dengan 59.5 peratus
pekerjaan berkemahiran tinggi, diikuti Singapura 54.7 peratus dan
Switzerland 51.3 peratus.
Amerika Syarikat (AS) pula katanya jatuh pada kedudukan terbawah dalam senarai dengan kira-kira 42.2 peratus pekerjaan berkemahiran tinggi.
"Oleh itu, saya berharap supaya Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 45 peratus bakat berkemahiran tinggi untuk bersaing dengan negara-negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Siri Webinar Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) - Edisi Khas yang bertemakan 'Accelerating Nation's High-Skilled Talent' secara maya hari ini, Jumaat, 10 September 2021. - KitaReporters