Berita Terkini| 100k surat kebenaran bergerak buat nelayan, petani, penternak! Dikeluarkan MAFI!
Published byGambar hiasan... Perikanan antara sektor yang dibenarkan beroperasi sewaktu PKP. - Kredit foto: borneotoday.net
Lebih 100,000 surat kebenaran pergerakan dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata surat kebenaran bergerak untuk nelayan, petani dan penternak seluruh negara itu sebagai langkah menjamin bekalan makanan negara tidak terganggu serta mencukupi.
“Mereka yang diberi kebenaran ini dikategorikan sebagai sektor informal dan ia berbeza dengan sektor industri agromakanan yang surat kebenaran dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Individu diberikan kebenaran ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya dipetik oleh laporan Bernama bertarikh 18 Julai 2021.
Tambah beliau, perikanan antara sektor penting dibenarkan beroperasi tertakluk kepada pematuhan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara bagi menjamin kelangsungan rantaian perikanan serta pengusaha terlibat.
Katanya
lagi, sebarang sekatan terhadap pengoperasian sektor perikanan boleh
menyebabkan sekuriti makanan negara terjejas, sekali gus tingkatkan kebergantungan
import serta jejaskan sumber ekonomi nelayan tempatan dan keseluruhan rantaian
perikanan. - KitaReporters