Berita Terkini| Penduduk Taiping belum daftar vaksin boleh 'walk-in'! Hanya bawa MyKAD sahaja!
Published byPENDUDUK Taiping boleh mendaftarkan nama mereka menerusi Program Outreach Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Bandar Taiping di beberapa lokasi mulai 22 Julai 2021. - Kredit foto: Sinar Harian
PENDUDUK di sekitar bandar Taiping yang masih belum menerima vaksinasi kini boleh mendaftarkan nama menerusi Program Outreach Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Bandar Taiping di beberapa lokasi bermula esok, Khamis, 22 Julai 2021.
Inisiatif tersebut dijalankan oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Selama bertujuan membantu komuniti supaya urusan pendaftaran vaksin dipermudahkan selain memastikan penerimaan vaksin berjalan dengan lebih cepat.
Pejabat Pegawai Daerah Larut Matang Selama dalam satu kenyataan pada 21 Julai 2021 memaklumkan, orang ramai yang masih belum mendaftar vaksinasi Covid-19 menerusi MySejahtera atau laman web vaksincovid.gov.my boleh datang ke lokasi ditentukan untuk mendapatkan bantuan pendaftaran suntikan vaksin.
Program bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang itu berjalan serentak melibatkan 13 buah masjid serta surau, dewan orang ramai MPT (sembilan), pejabat Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (empat).
Mereka yang berminat hanya perlu mebawa kad pengenalan sahaja dan terbuka kepada individu yang berumur 12 tahun ke atas. - KitaReporters
SENARAI lokasi yang menawarkan suntikan vaksin Covid-19 yang di dijalankan oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Selama.