SEJUMLAH 776 jenazah pesakit Covid-19 diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di beberapa hospital di negeri ini setakat 10 Ogos 2021 lalu.

Jumlah berkenaan membabitkan 357 jenazah dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR); Hospital Shah Alam (13); Hospital Ampang (142); Hospital Serdang (73); Hospital Kajang (71); Hospital Banting (44); Hospital Tanjung Karang (8); Hospital Sabak Bernam (370) dan 20 jenazah di hospital swasta.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkhidmatan pengurusan jenazah yang dilaksanakan JAIS adalah percuma dan hanya caj tanah perkuburan sahaja yang perlu dibayar oleh waris.

"Jika tanah perkuburan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT), kos adalah antara RM120 dan RM300, manakala bagi kubur kariah, kos tidak melebihi RM500," katanya seperti dipetik Berita Harian, Selasa 24 Ogos 2021.

Amirudin berkata, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin membantu JAIS dalam pengurusan jenazah Covid-19 di hospital di Selangor perlu mengikut beberapa syarat yang ditetapkan oleh jabatan berkenaan. - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: