Berita Terkini| Lampin, susu bayi, ubat kini boleh dihantar ke PKRC MAEPS! Perlu isi borang!
Published byGambar hiasan... Waris boleh menghantar ubat-ubatan untuk penyakit kronik, lampin pakai buang bayi dan dewasa serta susu bayi kepada pesakit PKRC Bersepadu di MAEPS Serdang 2.0. - Kredit foto: Berita Harian
Keperluan
susu bayi, lampin dan ubat-ubatan bagi penyakit kronik kini boleh dihantar
waris atau ahli keluarga kepada pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19
(PKRC) Bersepadu di MAEPS Serdang 2.0.
Pengarah
PKRC MAEPS 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim berkata bagi mereka yang ingin berbuat
demikian terlebih dahulu perlu mengisi borang.
“Borang
boleh diisi menerusi aplikasi Google Form di pautan pada laman sesawang PKRC
Bersepadu MAEPS 2.0 iaitu https://docs.google.com/form/d/e/1FAIpQLSdYlP8jKUt8iX8Rd19kNQYYsacw1BZk0OuLAVeELt4VOLljAQ/viewform?usp=sf_link.
“Keputusan
ini (kebenaran) dibuat melalui Mesyuarat Penyelarasan Pengaktifan MAEPS 2.0
Bilangan 59/2021 pada 16 Julai 2021,”
katanya menerusi satu kenyataan pada tarikh yang sama.
Dalam perkembangan
berkaitan, beliau turut memaklumkan
senarai penuh kelengkapan barangan keperluan yang harus dibawa pesakit yang dirujuk
ke PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 boleh disemak di laman sesawang www.pkrcmaeps.gov.my. - KitaReporters