Berita Terkini| Sertai Hartal Doktor Kontrak! Dikenakan tindakan tatatertib, surat tunjuk sebab!
Published byPENGARAH Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, sebagai doktor mereka terikat etika profesional dan sepatutnya tidak terpengaruh hasutan.
KUMPULAN doktor kontrak yang menyertai perhimpunan mogok pekerja atau gerakan Hartal bakal berdepan tindakan tatatertib dan perlu memberi surat tunjuk sebab.
Pengarah Hospital
Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, sebagai
doktor mereka terikat kepada etika profesional iaitu sumpah hipokratik yang
diambil oleh semua pengamal perubatan.
Pihaknya akan meminta
mereka yang menyertai gerakan itu memberikan surat tunjuk sebab atas pelakuan
tersebut.
“Doktor ini kena
mengorbankan dirinya demi kepentingan pesakit dan bukan mengorbankan pesakit
demi diri mereka.
“Jadi doktor ini
menolong orang dalam kesusahan tanpa mengambil kira kepentingan diri,” katanya seperti
dipetik oleh Kosmo pada Selasa, 27
Julai 2021.
Isnin, 26 Julai lebih 20 pegawai perubatan di HTAR menyertai
gerakan Hartal Doktor Kontrak yang berlangsung secara aman selama 15 minit.
Dr. Zulkarnain menambah, doktor kontrak itu tidak sepatutnya terpengaruh dengan sebarang hasutan menyertai hartal itu berikutan kerajaan sendiri juga telah melanjutkan tempoh kontrak sebelum ini. -KitaReporters
KEADAAN kritikal sepatutnya tidak digunakan untuk melakukan mogok sebalik perlu lebih profesional dan beretika.