AL-SULTAN ABDULLAH SEORANG RAJA BERJIWA RAKYAT
Published byRAKYAT Malaysia sangat begitu beruntung ketika ini kerana mempunyai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sering berkenan mencemar duli setiap kali menyaksikan kemalangan pasti baginda akan berhenti melihat keadaan rakyatnya.
Gambar Sinar Harian @ https://www.sinarharian.com.my/
Terbaharu, semalam baginda turun menyaksikan rakyatnya yang menjadi mangsa kemalangan di Lebuh Raya Elite.
Keprihatinannya tidak hanya setakat berhenti bertanya dan melihat keadaan rakyatnya yang terlibat dengan kemalangan, tetapi Seri Paduka Baginda juga bertitah agar seorang daripada polis pengiringnya segera memberi bantuan mengiring mangsa ke hospital.
Datuk T Murugiah, Naib Presiden MIC, menegaskan keprihatinan dan sikap peri kemanusiaannya begitu tinggi terhadap rakyat dan menyentuh hati semua lapisan masyarakat.
"Saya harap sikap baginda ini dicontohi para pemimpin kerajaan dan sama-sama membantu mangsa kemalangan bukan hanya melihat dan melaporkan semata-mata ada kemalangan berlaku," katanya
Sesiapa pun harus dibantu jika berlaku kemalangan. Kita suburkan sikap harmoni kita membantu sesiapa sahaja yang dilanda kemalangan.
Tambahnya, mahupun sesama rakyat, tidak salah kita contohi sikap raja kita yang prihatin dan berjiwa rakyat.
"Sikap turun padang baginda ini sememangnya menyentuh hati saya kerana baginda membantu tidak mengira bangsa atau agama rakyatnya.
"Tidak memilih bulu dan melihat pangkat, sesiapa sahaja yang mengalami kemalangan tentunya memerlukan pertolongan kecemasan dan tidak salah kita segera menghulurkan bantuan.
Gambar Berita RTM @ https://berita.rtm.gov.my/
"Jadikan semangat Ke bawah Duli Yang DiPertuan Agong ini sebagai semangat kita bersama Semangat Satu Rakyat Malaysia. Kita menyayangi dan prihatin antara satu sama lain dalam semangat keprihatinan bersama.
"Daulat Tuanku, kami rakyat Malaysia menjunjung kasih atas keprihatinan Tuanku kepada kami semua rakyat jelata.
"Sembah Tahniah dan Dirgahayu Tuanku. Moga kasih sayang Tuanku berpanjangan bersama kami rakyat jelata. Ampun Tuanku," katanya mengakhiri kenyataannya.