BENGKEL KERJA TANGAN BERI MANFAAT WARGA KOMUNITI
Published byPROGRAM dan bengkel-bengkel kerja tangan banyak memberi manfaat serta ilmu pengetahuan berguna kepada warga komuniti.
Para peserta kelas Kraf Decoupage Hiasan Balang Kuih dan Sabun Mandi mengikuti dengan penuh minat penerangan oleh guru pembimbing berpengalaman, Aien Zakaria di Pangsapuri Rusella, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.
Para peserta terlibat juga mempunyai peluang meningkatkan tahaf ekonomi keluarga secara sambilan mahupun sepenuh masa melalui ilmu yang diperolehi.
Selain itu, program yang diwujudkan iu juga mampu memupuk semangat kejiranan dan kerjasama erat dalam kalangan ahli komuniti yang sebahagian besarnya hanya dapat meluangkan masa bertemu bila adanya aktiviti berkenaan kerana kekangan masa bekerja, berniaga dan sebagainya,
Langkah positif seperti ini adalah menjadi harapan supaya badan-badan atau organisasi antaranya Persatuan Penduduk, Badan Pengurusan Bersama (JMB), komuniti surau, Perkumpulan Wanita dan sebagainya mengambil inisiatif merebut peluang menganjurkan program seumpamanya.
Sebagai unit penggerak komuniti sudah sewajarnya tindakan yang memberi manfaat kepada ahli-ahli dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
Peserta dengan bersemangat melakukan tugasan yang diberikan di Kelas Kerja Tangan Kraf Decoupage.
Dalam konteks ini, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 19 di Selangor tidak melepaskan peluang menganjurkan beberapa aktiiviti berbentuk bimbingan dalam usaha memupuk semangat toleransi dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakatnya.
Biasanya kegiatan saperti ini dijalankan pada cuti hujung minggu atau cuti umum bagi memudahkan ahli komuniti melibatkan diri tanpa halangan tugas atau masa.
Sebahagian peserta kelas kerja tangan Kraf Decoupage Hiasan Tutup Balang Kuih dan Sabun Mandi menunjukkan hasil kerja masing-masing.
Sempena cuti hujung minggu pada Sabtu (14/9/2019) lalu, JKP MPSJ Zon 19 berjaya menganjurkan kelas kerja tangan Kraf Decoupage menghias balang kuih dan sabun mandi bagi taman perumahan angkatnya, Pangsapuri Rusella di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.
Penglibatan sejumlah 20 orang penduduk yang terdiri daripada kaum wanita khususnya suri rumah berlangsung antara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan Mesyuarat JMB taman perumahan berkenaan.
Sekalipun jumlah penyertaan tidaklah besar tetapi kejayaan bengkel ini yang berjalan dalam suasana harmoni mampu menerapkan ilmu yang ditunjuk ajar tenaga pengajar berpengalaman, Aien Zakaria dengan berkesan.
Dengan keadaan tenang lagi mesra peserta kelas kraf ini menunjukkan komitmen penuh minat dan tekun mempelajari segala ilmu yang dicurah bakti .
Sesekali terdengar suara gurauan dari kalangan mereka untuk menghilangkan stress mahupun kebosanan.
Jika ada masalah yang dihadapi para peserta boleh bertanyakan soalan kepada guru pembimbing.
Kelas kraf ini merupakan yang pertama kali diadakan di pangsapuri berkenaan dan para peserta berharap kelas sebegitu diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
Peserta-peserta dilihat memberi tumpuan terhadap penerangan disampaikan, di samping melakukan tugasan praktikal dengan penuh tanggungjawab oleh guru pembimbing.
Nur Aisya Sofea Sobri, 10, penuh minat melakukan tugasan menghias tutup balang.
Seorang remaja, Nur Aisya Sofea Sobri, 10, yang menyertainya secara suka-suka itu turut merasa seronok dapat menimba ilmu dalam bidang kraf decoupage hiasan balang kuih dan sabun mandi.
Pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Taman Universiti , Seri Kembangan ini bangga kerana banyak manfaat dan peluang berguna yang mampu memberi faedah diperolehi melaluinya.
Jurucakap kumpulan peserta, Siti Anis Yusoff memberitahu, kelas kraf yang pertama kali diadakan itu memberi faedah dan pengalaman berguna kepada para peserta.
Katanya, sebelum ini antara program yang berjaya diadakan melalui inisiatif JKP MPSJ Zon 19 termasuklah kelas membuat manik, masakan, kuih muih, pertandingan masak lemang dan kraf hiasan.
Aien Zakaria menunjuk ajar cara yang betul untuk membuat hiasan pada balang kuih supaya ia kemas dan menarik.