SEPERTI dijangka, tatkala wanita bergelar Puan Priyaa Simmi ini melangkah di runway Pertandingan Ratu Cantik Mrs Malaysia World yang diadakan di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur Sabtu malam (16/11/2019), beliau bakal merangkul gelaran itu dan akhirnya berjaya diumumkan serta dimahkotakan sebagai Mrs Malaysia World. : KitaReporters.com


Ia sekali gus melayakkan Priyaa Simmi atau R. Priyadarshimi yang sememangnya cantik menawan ini membawa nama Malaysia sebagai wakil negara di Las Vegas, Amerika Syarikat bagi menyertai Ratu Cantik Mrs World 2019 pada 6 Disember nanti.

Wanita berusia 24 tahun itu dipakaikan mahkota kejuaraan oleh Mrs Malaysia World 2018/2019, Kokilam Kathirvailu, 34, serta membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan hadiah-hadiah sampingan lain.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu menyifatkan anugerah yang diterimanya sebagai inspirasi kepada golongan wanita khususnya bagi mereka yang sudah berkeluarga agar tidak menjadikan status itu penghalang dalam mencapai impian masing-masing, malah beliau mengalakkan supaya wanita dalam setiap bidang profesion harus bebas tekanan kewangan.

Namun perjalanannya bukan semudah itu sebenarnya, perjalanan penuh cabaran itu selama tiga bulan lalu, yang mana telah Priyaa mula berentap dengan 35 lagi peserta yang lain melalui pelbagai program yang disediakan setiap minggu dan hujung minggu.

Tentunya, dalam tempoh itu masing-masing mahu memenangi gelaran Mrs Malaysia World yang akan ditandingkan di Las Vegas nanti.


Bagi Priyaa,  semua cabaran itu tidak akan dapat dilaluinya dengan mudah tanpa sokongan dan bantuan keluarganya serta rakan-rakan.

Tidak hairanlah, selain Mrs Malaysia World, dia juga merangkul 3 anugerah lain dalam kategori berbeza termasuk kategori Evening Dress Terbaik.

Priyaa juga selesa menjawab soalan-soalan misteri daripada juri dan panel hakim dengan jawapan bernas dan sebagai seorang wanita yang bergelar usahawan dan sedang membina nama dalam bidang kecantikan kerana beliau kini giat mengembangkan perniagaan spa dan kecantikannya.  

Air mata kegembiraannya tumpah apabila namanya diumumkan, sekali gus menerima sorakan daripada penyokongnya yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya sepanjang majlis itu berjalan.

Majlis pertandingan Mrs Malaysia World yang berjalan lancar dan meriah menampilkan wanita-wanita bergelar Puan yang berjaya dalam bidang masing-masing, baik usahawan mahupun peneraju NGO yang diberi pengiktarafan sebagai tokoh.

Ia bertujuan menampilkan peranan wanita yang telah berkahwin bahawa mereka masih boleh menyumbang bakti kepada negara melalui bidang masing-masing.

Antara penaja bagi kali ini ialah Pusat Kesihatan Dr Alice, Carrisa kosmetik, Natugee, Jenn HAPA, AMP Brunfit Fitness, La Diva Make-Up dan pelbagai lagi syarikat. 

 

Pengarah Nasional Mrs Malaysia World Sdn Bhd, Datin Harveen Kaur. 


Selepas hampir 650 penyertaan diterima oleh pihak Mrs Malaysia World Sdn Bhd, hanya 35 penyertaan sahaja layak untuk memasuki final selepas diteliti.

Penelitian kelayakan dibuat berdasarkan kecantikan, persepsi, sahsiah, tahap motivasi dan penampilan sebagai seorang wanita berkahwin.

Jelas Pengarah Nasional Mrs Malaysia World Sdn Bhd, Datin Harveen Kaur, wanita yang berkahwin sama ada seorang wanita yang berkerjaya atau bergelar ibu, tidak harus tinggal di rumah dan harus belajar pelbagai tugas.

Foto dari portal https://varnam.my/


Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi Deepa Sreenivasan, 32, dari Kuala Lumpur dan Dr Hani Farhana Hasrul Sani, 34, dari Sabah.
Sebanyak 35 wanita berusia 24 hingga 55 tahun antaranya berasal dari Selangor, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya menyertai pencarian Mrs Malaysia World 2019/2020.  

Sebelum ini, K. Kokilam, 34, yang menjuarai Mrs Malaysia World 2018/2019, meraih tempat ketiga pertandingan ratu cantik Mrs World 2018/19 di Las Vegas. 

Mrs World adalah pertandingan ratu cantik pertama dan tertua di dunia yang diasaskan oleh David Marmel yang juga Presidennya. Ia diwujudkan pada 1984 dan kini mempunyai pengarah nasional di 80 negara.  

Moga dengan anugerah ini, lebih ramai wanita yang telah berkahwin terus aktif dengan kerjaya masing-masing mengharumkan nama negara, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara. - KitaReporters.com



7
2
0
0
0

Copy Link: