BELAJAR 'FIGURING'... TENGOK VIDEO 1,000 KALI
Published bySEJAK remaja lagi minat terhadap kerja seni begitu mendalam, namun tidak pula menyangka hasil daripada itu mampu meraih sumber pendapatan lumayan.
Susyila Mohd Burhanudin (dua dari kanan) hadir ke kelas pereka kek antarabangsa, Marc Surez yang mengajar membentuk naga daripada coklat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ibu kepada dua anak, Susyila Mohd Burhanudin, 38, memberanikan
diri menceburi bidang dekorasi kek dan membentuk karektor atau ‘figuring’ sejak
10 tahun lalu.
“Asalnya, saya sekadar ingin membantu meraka yang
berkehendakan homemade kek berdekorasi memandangkan dulu tak ramai yang ada. Biasanya
hanya boleh didapati di kedai kek dengan corak sama.
“Kini, bidang ini telah menjadi pendapatan tetap buat saya. Alhamdulillah, berkat kepercayaan pelanggan juga membuatkan saya masih boleh bertahan,” katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.
Susyila Mohd Burhanudin dan pereka kek antarabangsa, Marc Surez.
Menceritakan semula pembabitannya kepada KitaReporters, Syila berkata, ia bermula sekitar tahun 2010 apabila kawan-kawan dan saudara-mara memintanya membuat kek hari jadi dan perkahwinan mengikut tema.
“Jadi saya setuju dan terus cuba mendekorasi mengikut
kehendak mereka dan memilih untuk membuat secara 3D.
"Pada awalnya, hanya suka-suka sebab saya juga bekerja tetap, tapi lama-kelamaan bila ramai mula tempah saya jadi seronok menyiapkannya.
“Sebelum ini, hanya tahu menonton karektor di TV atau sekadar melukis. Kini cabaran berubah kerana perlu membentuknya pula," katanya lagi.
Kek Snow White yang dibuat khas bagi menghargai pelanggan bertuah.
Dalam pada itu, menurutnya, proses mendeko dan ‘figuring’ ini memerlukan penelitian dan ketekunan kerana ia merupakan hasil seni yang cukup menyerlah.
"Nampak mudah tapi kualiti pembuatan dan kekemasan
haruslah dijaga... kesabaran memainkan peranan penting jika tidak kerja
membentuk itu tak berkualiti dan pastinya reka bentuk mengerikan akan terhasil.
"Saya seronok kerana dapat bermain dengan warna-warna
ceria membuatkan timbul rasa semangat," katanya.
Sentuhan terakhir sebelum menyerahkan seratus peratus kepada pengantin.
Sementara itu, katanya, dia tidak pernah lari daripada rasa kecewa kerana ada kalanya hasil yang dibuat tidak menjadi.
“Mulanya saya hanya belajar membuat figure ini melalu aplikasi YouTube, hampir seribu kali tanpa jemu saya menonton teknik-teknik dalam membentuk setiap karektor termasuk untuk mengetahui bahan yang sensuai digunakan.
“Namun bila kita dah banyak kali buat, kalau tersalah kita sudah tahu membaiki dan membentuknya semula sehingga berjaya.
“Untuk memantapkan lagi kemahiran, kini saya mula mengikuti kelas-kelas dekorasi. Oktober lalu, berkesempatan mengambil peluang menghadiri bengkel membentuk naga daripada coklat selama 16 jam oleh pereka kek antarabangsa, Marc Suarez dari Sepanyol,” katanya.