BUSANA BAHARI ASYEK DICIPTA UNTUK PERMAISURI HATI

Published by
KitaReporters
DARIPADA benang terhasilnya fabrik yang terbentang indah. Fabrik dicipta dengan penuh kehalusan seni dan sulaman kerana untuk padanan seorang permaisuri, wanita yang sangat halus dan sempurna keinginanannya ciptaan Allah untuk mendampingi seorang lelaki.

Wanita yang hebat dan berjaya mengungkap diri dengan penampilan diri dan fesyen yang tersendiri. Gaya yakin dan penuh kemewahan adalah bila mereka membawa diri dalam majlis sosial. 

Cara bawa diri, peribadinya sangat bersopan dan terserlah kelembutan bila menyapa ramah nyatakan dirinya seumpama Wanita Melayu terakhir.

Apatah lagi bila wajah nan jelita itu diserlahkan lagi dengan penampilan diri mengenakan busana yang tak lekang dek zaman.


Koleksi busana dari Bahari Asyek ni umpamanya pengesahan diri bagi wanita yang sukakan kesempurnaan dan mempunyai cita rasa mewah tapi masih berilhamkan busana tradisional yang diilhamkan dalam kegemilangan istana Melayu lama. 

Seperti warisan legenda, busana tradisional itu tetap dicari dan  dan menjadi sanjungan di kala kita mengukir sejarah di era urbanisasi.

Pengasas Bahari Asyek, Zahalina Abdul Rahman adalah antara usahawan wanita yang mahu menampilkan busana Melayu era nenek moyang kita di zaman kolonial, dari kegemilangan zaman istana bagi memenuhi gaya dan cita rasa wanita moden yang dalam hatinya ada berbangkit rasa asyek pada peninggalan warisan lama yang masih jadi pujaan.

Maka muncullah kebaya Siti Zaleha, Kebaya 4 dara, Kebaya Kurung Kedah, Kebaya Tun Teja, Kebaya Sultana, Kebaya Kuno dan Kebaya Pahang. 

Ibarat pemakainya mengembalikan sejarah ketamadunan bangsa yang serba indah dan penuh seni yang terpapar pada busana ini. Halus jahitannya dan pemilihan fabrik betul-betul menonjolkan seni kemahiran tangan pereka busana Istana. Terbayang imej wow bagi pemakainya. 

Dari istana Tanah Rendah Sekebun Bunga, Kejelitaan Raja Cik Siti Wan Kembang menjadi ilham Baharia Asyek. 

Busana Kebaya Cik Siti Wan Kembang. Fabrik penuh dengan hiasan bunga tabur menyempurnakan gaya wanita yang dikagumi oleh rakyat jelata. Sang Raja Kelantan itu, mudik ke pelosok kampung bertanya khabar, sanggul dan dan senyuman mengait pesona warisan. 

Sama juga dengan wanita moden yang bergerak berniaga, bekerja, menjadi pemimpin dan ibu yang sibuk tapi masih mahu bergaya anggun.

Jika anda mahu berinspirasi moden, Bahari Asyek juga memaparkan koleksi daripada kain kapas yang sejuk dan lembut. 

Sangat sesuai untuk keadaan cuaca negara kini. Menggayakan Kebaya Oval Lace contohnya membuatkan hati berbunga dan lirikan mata akan menjadi taruhan. Cubalan jika anda ingin melihat wanita di sekeliling cemburu bila anda menggayakan kebaya ini.

Tak cukup dengan itu, wanita yang jiwanya penuh berseni dan sukakan keindahan, maka pilihlah fabrik sulaman kapas, "cotton chop" dan seni kemahiran kain kapas cetak "cotton printed". 

Memang membeli dan memang memakainya. Kerana seumpama lukisan yang dihasilkan pada fabrik dan dihasilkan pelabagi busana yang menawan pemakainya bukan saja anggun bergaya malah dikagumi ramai kerana bijaksana bila berfesyen.


0
0
0
0
0

Copy Link: