KRU PELAYAN PENUMPANG YANG BAIK HATINYA
Published byBERTUGAS sebagai kru kereta api dengan mengurus perjalanan yang panjang bukan tugas mudah, bukan hanya sekadar memberi keselesaan kepada penumpang dan menghidangkan makanan semata-mata. : KitaReporter.Com
KRU wanita cuba memenangkan penumpang yang mendapat perkhabaran duka ketika dalam perjalanan berkenaan. - Foto SCMP/Facebook
Baru-baru, sikap profesional seorang kru dalam sebuah tren di Taiwan menjadi tular selepas berjaya kawal keadaan dan bijak mententeramkan seorang penumpang di dalam kereta api berkenaan.
Kejadian yang berlaku di sebuah stesen kereta api Taiwan dikesan selepas seorang penumpang secara tiba-tiba dilihat meraung selepas mendapat khabar buruk ketika dalam perjalanan tersebut.
Melihat pada keadaan itu, wanita yang bekerja sebagai kru tren berkenaan lantas melutut di sisi penumpang terbabit bagi meredakan keadaan.
Lebih mulia pekerja
wanita itu dikatakan memujuk selama sejam sehinggalah mereka tiba di stesen
berikutnya.
Turut
kelihatan, pekerja wanita itu sempat mengesat air mata penumpang selain
menggosok bahu penumpang sebagai tanda supaya terus bersabar.
Sememangnya,
bukan semua orang berkebolehan dan tahu cara untuk bertindak balas dalam
keadaan yang tidak dijangka.
Malah,
setibanya di stesen yang dituju, pekerja wanita berkenaan turut membantu
mengangkat beg penumpang selain membantu memimpin.
PENUMPANG dipimpin oleh kru tren selepas tiba di destinasi yang dituju. - Foto SCMP/Facebook
Sungguh baik
hatinya!
Sikap profesional pekerja tersebut serta tindakannya itu dalam mengendalikan situasi berkenaan sekali gus membuka mata orang ramai yang menyaksikan rakaman video tersebut.
Sehingga entri ini ditulis video tersebut disaksikan lebih 1.1 tontonan.
Semestinya,
penumpang tersebut berasa sedikit lega dengan beban yang dihadapi apabila ada pihak lain cuba mententeramkan.
Malah, kita yang menyaksikan pun merasa bangga kerana masih ada insan berhati baik di muka bumi ini. - KitaReporter.Com