GISB BUKTIKAN POLIGAMI MAMPU BINA KELUARGA BAHAGIA

Published by
KitaReporters
MEREKA tak perlu meniru gaya menipu atau temberang macam dalam filem Madu Tiga arahan arwah P Ramlee kerana pernikahan mereka dari dua hingga cukup kouta empat isteri, dilangsung bertunjangkan sunnah nabi. 

Ramai yang sudah tahu bahawa Global Ikhwan Sdn Bhd ( GISB) adalah satu-satunya empayar perniagaan Melayu Islam terbesar di dunia yang bukan saja hebat berniaga tapi gah dalam membina keluarga bahagia, khususnya berpoligami.

Apa yang tak bahagia bila isteri pertama, kedua dan ketiga diberi pangkat kakak madu kepada isteri bongsu. Malah mereka bersepakat baik dalam melayan keperluan nafsu seks suami, mengasuh anak-anak dan turut sama mengendalikan urusan bisnes GISB. 

Contohnya GISB ada 120 rangkaian cafe di seluruh dunia, salah satunya bisnes hospitaliti yang diterajuisekumpulan ahli perniagaan Melayu yang juga bertindak sebagai ketua keluarga mengamalkan sunnah nabi, poligami secara profesional.  

Dari beristeri seorang sehingga empat, urusan perkahwinan bukan dengan cara mencuri nikah di sempadan. GISB ada satu jawatankuasa khas yang memilih dan mencalonkan siapa yang layak berpoligami. Manakala para isteri pula yang dicalonkan untuk berpoligami ditarbiah dan mengikuti kursus khas. 

Conntohnya jika dijadikan isteri kedua, calon harus masuk bengkel rumah tangga, mengenal hati budi madu dan teknik hidup bermadu. 

Selalunya perminangan bakal isteri kedua dan seterusnya, diuruskan oleh madu dan jika calon tak bersetuju mereka boleh menolaknya. Apabila persetujuan dibuat urusan perkahwinan ditaja sepenuhnya oleh GISB. 

Macam dalam Perarakan Perdana Pasangan Pengantin Poligami dan Monogami ni adalah salah contoh ikatan keluarga besar dibina secara tertib dan penuh gilang gemilang. Ia juga acara kemuncak Karnival Sambutan Merdeka dan Awal Muharam anjuran GISB 2019. 

Kali ini seramai 22 pasangan pengantin, 10 daripadanya pasangan poligami diberi sambutan keraian khas, bersanding beramai2 di pentas dan makan beradat di meja pengantin. 

Pasangan pengantin berbaju coklet, Rizal Rosli iaitu Ketua Remaja Pembela Ummah diraikan untuk kali keempat.


Meja pengantin terhias indah untuk pasangan menikmati jamuan makan tengah hari.


Kek pengantin untuk pasangan melakukan upacara memotong kek. 

15
1
1
0
1

Copy Link: